Inspirasi Gubahan Terkini


tentang kami
tak kenal maka tak cinta
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada para pengunjung laman Tudmas Creative.
Tudmas Creative (TC) merupakan sebuah butik maya yang menyediakan perkhidmatan pelbagai jenis gubahan hantaran khusus untuk majlis pertunangan dan perkahwinan. Butik ini telah diinspirasikan oleh Puan Noor Aini atau panggilan mesranya Kak Ani. Pada permulaannya Kak Ani dibantu oleh anak-anak gadisnya Amelya, Samiha, Liyana, Nadiya dan Yasmin. Bermula dengan hanya niat ingin membantu saudara dan sahabat handai, ia telah berputik menjadi hobi dan perniagaanyang membuahkan hasil.
Kini TC telah berkecimpung dalam perkhidmatan gubahan hantaran hampir lima tahun. Gubahan hantarannya yang unik dan kreatif dengan pantas menjadi bualan di kalangan saudara dan rakan-rakannya. TC pada masa ini diterajui oleh Kak Ani dan anak gadisnya, Amelya sebagai pengurus butik. Sebagai seorang suri rumahtangga sepenuh masa, Kak Ani lebih selesa menghasilkan gubahan hantaran dari rumah agar dapat menghabiskan masa bersama keluarga. Namun kini dengan bantuan anak-anak gadisnya, Kak Ani menyimpan hasrat untuk membuka butiknya sendiri pada masa akan datang.
